berita

[VIDEO] ‘Pak Cik Ada Rindu Siapa-Siapa Ka?’

April 6th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Baru-baru ini, pelakon Safwan Nazri dan beberapa orang rakan selebriti dilihat berkunjung ke sebuah pusat jagaan warga emas bagi menyantuni penghuni di sana.

Tak tahan sebak

Menerusi video yang dikongsikan di Tiktok, seorang penghuni pusat jagaan tersebut mengalirkan air mata ketika disapa oleh Safwan. Safwan turut bertanya kepada penghuni tersebut adakah dia merindukan seseorang pada waktu itu. Penyanyi, Wany Hasrita dan Amira Othman turut melihat momen tersebut.

Namun begitu, lelaki warga emas berkenaan tidak memberikan sebarang jawapan ketika diajukan soalan berkenaan. Dia hanya menangis sehingga terpaksa ditenangkan oleh Safwan. Kejadian itu menyebabkan Safwan dan semua yang berada di pusat jagaan tersebut menahan air mata kerana pilu melihat keadaan lelaki tersebut.

Difahamkan, lelaki itu merupakan penghuni baharu dan kehadirannya menyebabkan ramai pengunjung turut mengalirkan mata. Video tersebut juga meraih pelbagai respons daripada netizen yang rata-ratanya turut meluahkan rasa sedih kerana figura lelaki tersebut membuatkan mereka terbayang bapa masing-masing.

Video

@safwannazri7

Please la jaga MAK AYAH kita elok2?? Sayu sangat2 bila kita tengok keadaan depa mcmni, depa semua oranh yang ditinggalkan keluarga, family yg dah malas nak jaga, family yang biaq diorang ni kat hospital, sebabtu diorang smua kat sini ! Allahu Soo harini Aku dengan team @kai_kaklong @nafidzrazak dan @kumpulan_megaklinik_zahran Pergi melawat pusat jagaan mahmudah aku happy sangat2 sbb dapat bagi diorang semua BAJU RAYA SET Sekali Sampin utk diorang BERAYA Tahun ni ! P/s : Btw pakcik yg menangis tu baru seminggu masuk sini?? #PusatJagaanMahmudahMalaysia #MegaklinikZahran

? original sound – Safwan Nazri – Safwan Nazri

Sumber: Safwan Nazri

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×