![[VIDEO] Pak Nil Dedah Pernah Ditegur Imam Besar Masjid Negara Gara-Gara Program Hiburan](https://asset.ohbulan.com/2025/09/pak-nil-1.jpg)
Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi atau Pak Nil, baru-baru ini berkongsi pengalaman pernah ditegur Imam Besar Masjid Negara berhubung program hiburan yang dikendalikannya satu ketika dahulu.
Pak Nil ditegur Imam Masjid Negara
Menerusi podcast bersama pengacara Aidid Marcelo, Pak Nil mendedahkan teguran itu dibuat secara terbuka dalam khutbah Jumaat di Masjid Negara dan disiarkan secara langsung ke seluruh Malaysia melalui RTM.
Remaja kita telah dipesongkan dengan program-program hiburan tempatan yang terkinja-kinja, layak dilihat sebagai program yang membawa anak-anak muda terpesong dari segi akidah dan membawa ke neraka jahanam.
Tambah Pak Nil, ketika itu dia berada di pejabat dan tidak mendirikan solat jumaat. Namun, tidak lama selepas itu, dia menerima banyak panggilan telefon daripada kenalan.
Saya pun angkat panggilan. Saya menyamar dan beritahu Aznil pergi solat Jumaat kemudian orang tu cakap ‘Oh Islam, beritahu dia nama program kau dan dia dah naik dekat khutbah jumaat. Memang puas hati aku, dah lama aku nak cakap pasal benda ni.’
Bagaimanapun, Pak Nil berkata bapanya iaitu Haji Nawawi melihat teguran yang diberikan itu dari sudut positif.
Ayah saya cakap saya untung sebab yang tegur tu Imam Besar Masjid Negara. Orang nombor satu yang tegur.
Aznil mengimbas kenangan lalunya sewaktu menjadi hos Pop Kuiz di TV3 yang mendapat kritikan orang ramai hanya kerana imej dan penampilan ketika itu.
Bagaimanapun, teguran tersebut membuatkan dia sedar dan terbuka untuk meminta maaf.
Sumber: TikTok








