Pengacara Datuk Aznil Haji Nawawi sebak apabila mengenang momen bersama mantan Perdana Menteri iaitu Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dengan Trofi Di Tangan, Dia Cakap Kesian Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk’ – Pak Nil Dedah Pernah Diperlekeh Pemenang ABPBH

Artikel Berkaitan: Sajak Karya Allahyarham Pak Lah Kembali Tular – ‘Aku Cari Bukan Harta Bertimbun’

Aznil sebak

@datukaznil “Pak Lah saya dah pandai” • Maaf perkongsian Paknil ini mungkin kecil bagi korang tapi besar buat Paknil. #malaysiabersedih ? original sound – Aznil

Menerusi segmen pagi di konti Kool 101, Aznil yang mesra disapa Pak Nil mendedahkan dia sempat berbisik pada Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika bertemu di Bertam Resort.

Bila dia sampai, saya lihat keadaan Tun ketika itu dia hanya memandang pada satu sudut saja.

Saya ada bisikkan sedikit pada Tun.

Saya beritahu Tun saya dah pandai.

Sebab dulu masa saya jadi wartawan, saya pernah menemu bual Tun.

Dan soalan saya ketika itu dianggap kurang bijak dan Tun tidak gemar dengan soalan yang diajukan.

Tun tahan saya selepas sesi temu ramah. Dia cakap lembut saja dengan saya.

Tun tegur saya, dia cakap ‘kenapa tanya soalan tak bijak macam itu?’.

Titik pengenalan

Dalam pada itu, Pak Nil memaklumkan bahawa momen itu merupakan titik permulaan Allahyarham Pak Lah mengenali dirinya.

Saya rasa malu bila ditegur Tun ketika itu.

Ada satu ketika, saya mengacarakan rancangan Anugerah Seri Angkasa, dan Tun adalah Perdana Menteri ketika itu.

Tun ingat saya. Dia cakap dengan semua orang bahawa saya orang yang pertama menegurnya sebagai wartawan.

Tun puji saya, dia cakap saya seorang pengacara hebat di atas pentas.

Pada perkongsian itu, Pak Nil didengari tidak dapat menahan sebak apabila berkongsi momen terindah bersama Allahyarham Pak Lah.

Sumber: TikTok @datukaznil