Baru-baru ini, pengacara nombor satu negara iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi mengenai isu ‘double park’ menerusi hantaran di TikToknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dengan Trofi Di Tangan, Dia Cakap Kesian Setiap Tahun Jadi Tukang Tepuk’ – Pak Nil Dedah Pernah Diperlekeh Pemenang ABPBH
Menyusahkan orang lain!
Menerusi hantaran tersebut, Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil memuat naik video memaparkan sebuah kenderaan berwarna hitam yang telah memarkir secara ‘double park’ dan menghalang sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda berwarna putih.
Dapat dilihat, tindakan pemilik kenderaan berwarna hitam itu telah menyukarkan seorang wanita untuk mengeluarkan kenderaannya.
Pak Nil kemudiannya bertindak untuk masuk ke sebuah kedai minuman dan menyebut nombor pendaftaran bagi mencari pemilik sebenar kenderaan tersebut.
Setelah beberapa ketika, pemilik kenderaan berwarna hitam itu dilihat mengalihkan kenderaannya namun, tiada sebarang permohonan maaf dibuat.
Dah lah ‘double park’, orang lain tunggu berjam-jam untuk keluar parking.
Dah masuk kereta terus pergi tak minta maaf pun. Ada bawak anak dan anak itu nanti mesti ingat, ‘Tak mengapa untuk terus belah dan tak rasa bersalah’.
Di akhir video tersebut, dapat dilihat pemilik kenderaan pacuan empat roda itu menitipkan ucapan terima kasih buat Pak Nil yang telah membantunya menyelesaikan masalah tersebut.
Video
@datukaznilnawawiDah lah double parking, org lain tunggu berjam2 untuk keluar parking. Dah masuk kereta terus blah xmintak maaf pun. Ada bawak anak, and anak tu nanti mesti ingat it’s ok utk terus blah n xrasa bersalah. ADAB Laporan : TVXPASTI? original sound – Datuk Aznil Nawawi
Sumber: TikTok Datuk Aznil