Anak kepada usahawan popular, Datuk Seri Vida iaitu Cik B menyorot perhatian warganet selepas tular video dia menyarung jubah graduasi.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Tegur Cik B Main Telefon Dalam Kelas – ‘Tak Berbaloi Belajar Jauh, Awak Tak Fokus Pensyarah Mengajar’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B ‘Buka Mulut’ Selepas Dituduh Main Telefon Dalam Kelas – ‘Pensyarah Bagi Kami Kebenaran Untuk Cari Maklumat’

Cik B sarung jubah

@cikbsalmonofficial

korang yang nak pegi jauh2 tu jangan lupa bawak buku merah..kalau boleh bawak yang besar mcm cikb pegang baru org bukak mata luas sikit🫣kalau tidak asyik kena kecam je#fypシ゚viral #cikbhavoc #viraltiktok #masukberandafyp #pageforyou #viral #pageforyou_🔥 #salmonskinsaltedegg

♬ original sound – ticæ 𐙚 – ticæ 𐙚

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Cik B mengenakan jubah konvokesyen serta mortar board di kepalanya.

Dalam masa yang sama, Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen juga memegang sijil berwarna merah dan bergambar bersama ibunya.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut telah membuatkan rata-rata warganet tertanya-tanya adakah gadis berusia 20 tahun itu sudah pun selesai pengajiannya.

Sementara itu, ada juga yang berpendapat berkemungkinan Cik B hanya mengambil kursus pendek.

Untuk info, sekitar Oktober lalu Cik B melanjutkan pelajaran dalam bidang perniagaan di Sepanyol.

Sumber: TikTok