Pelakon, Datuk Aaron Aziz berkongsi tips rumah tangga kepada pasangan muda apabila hampir 20 tahun mencipta keluarga bahagia bersama isterinya, Diyana Halik.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kasih Sayang Saya Terhadap Anak-Anak Sama Rata’

Artikel Berkaitan: Aaron Aziz Kurang Senang ‘Influencer’ & Artis Buat ‘Content’ Tak Bermanfaat – ‘Jaga Tepi Kain Sendiri Sudahlah’

‘Jika kau milikku…’

Menerusi perkongsian di TikTok, pemilik nama Aaron Mustapha Aziz, 49, memuat naik video memaparkan gambar mereka pada tahun 2000 sebelum berkahwin pada 2003.

Aaron meluahkan rasa syukur apabila hubungannya bersama isteri membawa kepada kebahagiaan dengan izin Allah S.W.T.

Carilah pasangan bukan saja sorang yang anda ingin hidup bersama tapi juga seorang yang anda rasa tidak boleh hidup tanpa dia.

Komunikasi penting dalam hubungan suami isteri. Amalkan banyak berinteraksi secara lisan dan bersemuka, jangan melalui Whatsapp.

Berkongsi lanjut, pelakon asal dari Singapura itu berkata elakkan untuk keluar daripada rumah sekiranya berlaku pergaduhan kerana ia akan memberi kesan buruk pada masa akan datang.

Jika ada pergaduhan atau masalah jangan dari keluar rumah.

Sekiranya berlaku salah faham, mungkin boleh pergi ke bilik atau dapur.

Minum segelas air untuk tenangkan diri kerana aksi keluar dari rumah boleh jadi satu tabiat buruk dan mungkin tidak akan kembali pulang ke rumah.

Paling penting, solat berjemaah dengan suami atau isteri. Seorang suami yang mengimamkan isteri dan anak-anak amat penting untuk mendapat keberkatan dan redha dari Allah S.W.T

Sumber: TikTok