berita

[VIDEO] ‘Pampers Pun Pampers Lah!’ – Pengacara Tersasul Ketika Live Undang Tawa Netizen

February 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Syairul Islam

Bergelar sebagai seorang pengacara di televisyen sudah pastinya tidak akan lari daripada tersasul lagi-lagi jika program itu berlangsung secara live dan bukannya rakaman. Mahu tidak mahu, seseorang pengacara itu perlu meneruskan skripnya.

Seperti video yang dikongsi pengacara dikenali Syairul Islam, memaparkan dia tersasul ketika program bual bicara mengenai para pelajar yang menuntut di Institut Pengajian Awam Tinggi (IPTA) .

Pulang ke pampers

Hari ini kita nak bercakap berkenaan dengan kembali ke kampus dan kepada anda yang bersemangat yang ingin kembali ke pampers bermula 1 Mac ini.

Menerusi video yang dikongsi oleh pengacara ini, dia secara tidak sengaja tersasul dan menukar perkataan kampus ke pampers yang merupakan lampin pakai buang bagi kanak-kanak kecil. Kalau diikutkan bunyi dia hampir sama kan?

Kunci dia, kau jangan over nervous atau over confident!!! Jangan pulak yang balik kampus tu bawak pampers sekali eh.

Pada masa yang sama, dia sempat memberi pesan kepada dirinya supaya lebih berhati-hati selepas ini, dan tidak terlampau yakin mahupun getar. Bahkan, dia juga sempat memberikan pesanan ‘mesra’ supaya pelajar tidak membawa pulang pampers ke kampus masing-masing susulan video tersebut.

Tersasul ketika live

Terhibur netizen

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur dengan video yang dikongsikan pengacara itu. Pada masa yang sama, terdapat juga yang memuji pengacara itu kerana bijak mengawal keadaan dan keyakinannya yang berjaya mengaburi perkataan yang telah tersasul.

Sumber: Syairul Islam

 

SKIP THIS AD ×