Kegembiraan anak kepada usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida iaitu Ibraheem Adham memiliki telefon bimbit sendiri tidak bertahan lama apabila gajet yang baru digunakan kurang dua bulan itu pecah selepas dibaling oleh ibunya. 

Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Dipuji ‘Humble’, Tunai Janji Belikan Anak Telefon Di Usia 13 Tahun – ‘Dia Beli Bukan Yang Latest Punya’

Telefon pecah dibaling Shahida

Menerusi satu rakaman video yang tular, Shahida atau nama lengkapnya Nur Shahida Mohd Rashid mendedahkan bahawa dia memecahkan telefon bimbit itu kerana berang dengan Ibraheem yang tidak mengendahkan panggilannya meskipun telah dipanggil berkali-kali.

Ini telefon Baeem tau, korang. Mama dah pecahkan.

Sebab apa? Panggil tiga ke empat kali tapi tak berjawab sibuk dengan telefon.

Tapi bahagian depan ini elok lagi saya rasa, boleh tukar skrin tapi dah lembiklah.

Selepas kejadian itu, Shahida tidak menyangka telefon milik Ibraheem masih boleh berfungsi seperti biasa.

Tapi saya rasa boleh ‘repair’ lagi ini, tukar saja bahagian yang rosak.

Saya pula ‘bongok’ sebab semalam dapat jadual peperiksaan dari cikgu dia, kemudian saya pergi ‘forward’ kepada dia.

Bila hantar, dua ‘tick’ pula. Rupanya telefon Baeem hidup lagi, hahah.

Ibu yang garang

Bercerita lanjut, Shahida memaklumkan dirinya merupakan seorang ibu yang sangat garang terhadap anak-anak.

Saya memang garang, tak pernah kata saya baik haha.

Bila jadi macam ini, reaksi Baeem adalah dia menangislah kan.

Pada awal Mei lalu, suami kepada Shahida iaitu Aliff Syukri menetapi janjinya dengan menghadiahkan Ibraheem sebuah telefon bimbit.

 Menurut Aliff, pemberian tersebut dibuat sempena umur anaknya yang ketika ini sudah berusia 13 tahun.

Perjelas Aliff, dia memilih untuk tidak membenarkan Ibraheem untuk mempunyai telefon bimbit sebelum ini kerana tidak mahu anaknya itu leka dengan gajet.

Sumber: TikTok