berita

Video : Panggilan Hangit Untuk Zara Zya

November 8th, 2013 | by Ai
Video Popular

Zara Zya

Setelah reda demam Cinta Jannah, kini mesti ramai wanita di luar sana sedang demamkan drama Love You Mr. Arrogant (LYMA) pula kan?

Maklum sahaja, jalan cerita tersebut bukan sahaja romantis, malah penuh dengan adegan-adegan lucu yang dibawakan oleh watak utamanya, Zafriel Irham lakonan Azlee Khairi dan Zaara Amirah (Zara Zya).

Justeru itu, bagi menghangatkan lagi sambutan penonton terhadap drama LYMA, awal pagi tadi, stesen radio Hot FM telah menjemput Zara Zya untuk hadir ke konti mereka bagi sama-sama memeriahkan lagi segmen AM Krew.

Zara Zya

Reaksi Zara sewaktu mendengar semula panggilan hangit untuk dirinya

Umum tahu, Hot FM memang terkenal dengan segmen panggilan hangit mereka dan sering mengenakan pendengar serta artis-artis tempatan.

Oleh itu, sempena kehadiran Zara di konti Hot FM, stesen radio tersebut telah mengambil peluang yang ada untuk mengenakan pelakon wanita itu menerusi panggilan hangit yang disampaikan oleh seorang pendengar mereka yang dikenali sebagai Encik Adam.

Menerusi panggilan tersebut, Encik Adam telah bertanyakan soalan cepu emas kepada Zara berbunyi :

Dah berlakon dengan Azlee Khairi ni kan, Cik Zara tengok Azlee tu macam mana? Dia ada tak macam ciri-ciri lelaki idaman Cik Zara?

Ha.. apakah jawapan yang diberikan oleh Zara? Ada ke tidak? Kalau nak tahu, jom kita dengar sedutan panggilan hangit tersebut selepas ini :

Sumber : Facebook Hot FM

SKIP THIS AD ×