Coretan yang penuh emosi dibuat oleh pelakon, Norman Hakim buat anak bongsunya, Maria Danisha Hakim mengundang perhatian warganet.

Artikel Berkaitan: ‘Hati Menyimpan Segalanya, Takut Menjadi Beban’ – Luahan Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Undang Perhatian

Artikel Berkaitan: Kakak Umisya Mazlan Dedah Anak Bongsu Abby Abadi & Norman Hakim Pernah DM – ‘Dia Minta Maaf Bagi Pihak Kakak’

Coretan

Menerusi perkongsian di Instagram, Norman meluahkan rasa bangga terhadap Maria Danisha yang juga dikenali sebagai Baby susulan pencapaian cemerlang dalam keputusan SPM 2025.

Norman turut menyifatkan detik menunggu keputusan anaknya keluar sebelum ini sebagai satu momen yang penuh emosi.

Papa (nama panggilan Norman) benar-benar minta maaf jika pernah membuatkan kamu rasa tidak dipedulikan. Tetapi ketahuilah, papa nampak kamu.

Papa nampak usaha, kekuatan dan kesabaran kamu dalam memberikan yang terbaik untuk SPM 2025 kamu.

Tahniah yang tidak terhingga atas keputusan kamu yang cemerlang! Setiap usaha kamu, termasuk perjuangan senyap yang tiada siapa nampak benar-benar telah membuahkan hasil.

Kamu memang layak untuk saat ini, lebih daripada yang kamu sangka, sayang…

Tidak hanya itu, Norman juga menitipkan kata-kata penuh kasih sayang dan sokongan buat anaknya.

Tegas Norman, Baby tidak perlu memikul segala beban seorang diri.

Perasaan kamu penting. Usaha kamu penting. Kamu juga penting dan Papa akan sentiasa nampak kamu, berada di sis dan percaya pada kamu.

Papa sayang kamu selamanya dan sampai bila-bila, baby tompet cumbat Papa.

Terdahulu, Baby menyorot perhatian apabila memuat naik sekeping foto semasa dirinya ketika masih kecil dan meluahkan perasaannya tentang usaha yang tidak dihargai oleh orang sekeliling.

Sumber: Instagram