![[VIDEO] ‘Papa Nombor Satu’ – Shila Amzah Kongsi Keakraban Ubai MZ & Seth Uwais](https://asset.ohbulan.com/2025/07/UwaisAkrabDenganUbai.jpg)
Penyanyi, Shila Amzah berkongsi ragam anak sulung, Seth Uwais yang tidak boleh berenggang dengan suaminya, Ubai Mz.
Artikel Berkaitan: ‘Selepas Ada Ubai, Saya Rasa Seperti Princess – Shila Amzah
Ubai hero Uwais
Menurut Shila atau nama lengkapnya Nurshahila Amir Amzah, Uwais juga menjadikan Ubai sebagai ‘hero’ dalam kehidupannya.
Papa adalah hero saya dan papa adalah nombor satu bagi saya.
Apa saja yang Ubai buat, Uwais akan ikut. Macam contoh, Ubai nak pergi kerja lepas itu Uwais mesti akan cakap dia pun nak pergi kerja.
Macam sekarang pula, papa dia ini sukakan kereta, dah dia (Uwais) suka akan kereta Myvi pula.
Shila berkongsi perkara menerusi satu video dimuat naik @Nona di TikTok.
Nak beri terbaik buat Uwais
Sementara itu, Ubai atau nama lengkapnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli berkata, dia akan berusaha memberikan yang terbaik meskipun Uwais merupakan anak tirinya.
Kanak-kanak istimewa seperti Uwais, bila dia nak bergaul dengan kanak-kanak lain mungkin dia sedikit ketinggalan.
Jadi, saya cuba berikan ‘childhood memory’ kepada dia.
Kadang-kadang di pusat beli-belah, saya akan biarkan dia berjalan sampai dia ‘hilang’ sebab nak tengok dia cari ke tak mak ayah dia.
Tapi bapak dia ini tak adalah hilang, ada saja menyorok kat mana-mana.
Sekadar info, Uwais merupakan anak Shila daripada hasil perkahwinan dulu bersama bekas suaminya, Haris Edraki.
Shila yang bercerai pada 2022 kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan Ubai pada Ogos 2023 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei tahun lalu.
Sumber: TikTok








