berita

[VIDEO] Papar Situasi Genting Perjuangan Frontliners. Iklan Raya TM Tahun Ni Buat Ramai Sebak!

May 19th, 2020 | by Epul
Sponsored Post

Tiada siapa menjangkakan tahun 2020 bakal menjadi tahun yang sukar buat rakyat Malaysia. Kebebasan yang suatu ketika dulu milik semua masyarakat bagai direntap apabila norma baharu perlu dipraktikkan dalam kehidupan.

Lebih terasa apabila ketibaan Ramadan dan Syawal diraikan begitu berbeza berbanding tahun sebelumnya. Tiada lagi bazar Ramadan, solat terawih berjemaah di masjid atau jamuan berbuka puasa.

Perbezaan perayaan dengan pengertian lebih bermakna!

Siapa sangka kerana wabak pandemik COVID-19 segalanya berubah. Ramadan dan Syawal yang datang, disambut dengan penuh kesederhanaan.

Tiada lagi hiasan lampu yang indah di jalan atau percikan bunga api sebaliknya seluruh masyarakat mula belajar untuk hidup dalam suasana yang baru.

Video raya TM papar perjuangan barisan hadapan dan realiti kehidupan masyarakat

Berbeza berbanding tahun sebelumnya, iklan raya TM tahun ini memfokuskan detik-detik genting negara sepanjang dua bulan berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Video ini memaparkan realiti perjuangan barisan hadapan yang bekerja tanpa penat lelah di medan yang berbeza dan bagaimana rakyat Malaysia bangkit daripada suatu ketidaktentuan untuk menjalani kehidupan dalam norma baharu.

Pengorbanan frontliners yang tak terbalas

Mungkin kita tidak melihat apa yang mereka lakukan, namun TM ingin rakyat Malaysia mengetahui siapa disebalik petugas barisan hadapan atau frontliners yang menjadi hero di medan perjuangan ini saat kita semua duduk di rumah.

Rakyat bangkit memerangi perjuangan yang belum selesai

Melalui video ini juga TM menunjukkan bagaimana rakyat Malaysia berjaya bangkit dengan cara tersendiri, bagi memastikan pengorbanan yang dilakukan oleh kerajaan dan petugas barisan hadapan tidak sia-sia.

Pelbagai aktiviti dikongsi di media sosial daripada masyarakat berbilang kaum yang menjadi penghibur sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Hidup dalam norma baharu kerana kita mesti menang!

Melalui tempoh dua bulan PKP yang mencabar, masyarakat mula menyesuaikan diri dalam gaya hidup di luar kebiasaan. Ini semua bagi memastikan kita tetap menang diakhir perjuangan ini.

Syawal dirai berbeza tapi lebih bermakna !

Mungkin sambutan Ramadan dan Syawal kita kali ini berbeza. Namun perbezaan ini pastinya lebih bermakna supaya kita lebih bersyukur menjalani kehidupan mengikut norma baharu.

TM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×