![[VIDEO] Parisa Ardina Kongsi Penerimaan Keluarga, Terbuka Terima Menantu Mualaf](https://asset.ohbulan.com/2026/05/parida.jpg)
Pelakon baharu dan model, Parisa Ardina berkongsi penerimaan keluarganya terhadap keputusan untuk mendirikan rumah tangga bersama pempengaruh, Sam Lim yang bukan beragama Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Untuk Yang Convert Islam Dapat RM3,000’ – Parisa Ardina
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sam Lim & Parisa Ardina Raih Pujian, Buat ‘Pre-Wedding’ Selepas Nikah – ‘Macam Ini Baru Betul’
Penerimaan keluarga
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Parisa memaklumkan kedua-dua belah pihak keluarga tiada masalah dalam menerima menantu berbeza agama.
Tambah Parisa, dia menzahirkan rasa syukur atas keterbukaan ibu bapanya menerima menantu mualaf susulan daripada ahli keluarganya yang mempunyai darah keturunan Cina.
Alhamdulillah, kedua-dua pihak okay saja.
Keluarga saya muslim dan ada juga yang cina. Jadi, mereka terbuka untuk terima.
Dalam pada itu, Parisa akui menerima Sam Lim seadanya selagi dia mempunyai kesungguhan untuk mendalami agama Islam serta mempelajari budaya masyarakat Melayu.
Selagi mana, individu itu memang nak belajar untuk menjadi muslim yang lebih baik.
Setakat ini keluarga saya dan keluarga Sam tiada masalah dari segi perbezaan agama.
Imbas kembali, Imbas pempengaruh media sosial Sam Lim selamat bergelar suami kepada Parisa Ardina yang berlangsung di sebuah masjid pada 10 April.
Majlis tersebut dimeriahkan dengan kehadiran para keluarga dan rakan terdekat.
Sumber: TikTok @lovaabeautyhq