Seorang lelaki disyaki bertindak terjun dari Jambatan Pulau Pinang Georgetown. Kejadian dipercayai berlaku sekitar 8.30 malam, selepas mangsa memberhentikan kenderaannya sebelum bertindak menerjun dari jambatan itu.
Terjun jambatan
https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/videos/311914906920056/?__xts__[0]=68.ARCI5fZNa0gaeXbkjwuZZd3u_2huyXkFGLN4D24qLxR3ER_uj0tpY_xyNWMd7sGP01NN7-2VVyPoAGgM2MyAXXoPXZcmJFhVLADjy85s4Lg-60u1lCIdWk1KoQvH535aYPiE4sucfCu0XasPuCuoOHS18-GMb5-QLUMxaZdmZi5XGZ6wfg7CuOu57M4kigemMX6W7yC5tni14lVRSElehOC3T9Y8xpEsdD6Ahrbit1kUI1IfuiMKx-YSo5bAi2_vy4Y4Qo1E7W0mz1P4hTE4pg3EbtIyaYTu6uEbLCT0efbj7AHtFlTeTwHnnD7VK74CiiXueltSzpUvk1W2jCdLfq8lpVlO2AAeM4JvUg&__tn__=-R
Video dari dashboard yang dikongsikan melalui laman pages Info Roadblock JPJ/Polis ini menyaksikan individu berusia 24 tahun keluar dari sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang diparkir di bahu jalan, sebelum menerjun dari jambatan tersebut.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang menerima laporan mengenai insiden tersebut daripada orang awam pada jam 8.36 malam. Mereka segera bertindak ke lokasi kejadian bagi menyelamatkan mangsa yang dikhuatiri lemas itu.
Identiti belum dikenalpasti
Makluman awal, bunuh diri terjun jambatan Pulau Pinang 1 pada malam ini. Identiti mangsa dan keadaan mangsa belum diperolehi. Ops menyelamat sedang dijalankan oleh pihak Bomba. pic.twitter.com/4TjGXZUPNo
— Nann Nazz (@NazzNann) August 23, 2020
Mangsa meninggalkan kenderaan itu dalam keadaan pintu terbuka dan telefon bimbit ditemui terjatuh berhampiran kereta.
Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa.
Ketika tiba didapati kenderaan dinaiki mangsa enjinnya masih hidup, manakala telefon bimbit mangsa ditemui di tepi jalan jambatan itu.
Bagaimanapun, punca dan motif yang dilakukan individu berusia 24 tahun itu masih lagi dalam siasatan.
Sumber: Info Roadblock JPJ/Polis, Nann Nazz