berita

[VIDEO] Pasangan Pengantin Bisu Lafaz Akad Guna Bahasa Isyarat Bikin Netizen Sebak!

January 29th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Setiap pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga pastinya akan melalui proses ijab dan kabul. Detik ini akan menjadi satu momen yang paling indah namun mendebarkan lebih-lebih lagi setiap tetamu yang hadir memberikan sepenuh tumpuan khususnya kepada pengantin lelaki bagi mendengar setiap kata yang dilafazkan.

Namun berbeza dengan pasangan yang tular baru-baru ini, pengantin lelaki dilihat melafazkan akad dengan menggunakan bahasa isyarat. Terharunya!

Tahniah!

Menerusi perkongsian dibuat pengguna Twitter yang juga merupakan kenalan pengantin tersebut, lelaki bernama Faiz itu dilihat berkomunikasi serta melafazkan akad buat bakal isterinya dengan menggunakan bahasa isyarat.

Apa yang menyentuh hati, perbuatan lelaki itu dilihat sungguh tenang dan lancar meskipun dia berada di hadapan ramai tetamu ketika itu.

Kenal di sekolah

Berdasarkan perkongsian yang dibuat pengguna Twitter ini, pasangan itu sudah mula berkenalan sejak berada di bangku sekolah dan kedua-dua mereka mempunyai masalah pendengaran dan percakapan.

Katanya ketika majlis ijab dan kabul itu, pengantin lelaki tersebut turut dibantu oleh gurunya ketika di sekolah dahulu yang menjalankan tugas sebagai penterjemah.

Netizen terharu

Rata-rata yang menonton video berkenaan berasa tersentuh dan sebak dengan momen yang jarang-jarang berlaku itu.

Setakat ia dikongsikan, video itu berjaya meraih hampir 30k rt dan lebih 36k tanda suka.

Sumber: Twitter eriinkahar

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×