![[VIDEO] Pasangan Warga China Didakwa Benarkan Anak Buang Air Besar Dalam Tong Sampah, Undang Kecaman Netizen](https://asset.ohbulan.com/2026/07/pelancong-cina_censored.jpg)
Tindakan sepasang suami isteri warga China yang didakwa membenarkan anak mereka membuang air besar ke dalam tong sampah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.
Artikel Berkaitan: Lelaki Cina Ini Bukan Jutawan Namun Sikap Baik Hatinya Menolong Semua Kaum Di Malaysia Patut Dicontohi
Tak beradab
View on Threads
Menerusi satu hantaran yang tular di Threads, pasangan itu dilihat memegang anak mereka ketika kanak-kanak itu membuang air besar ke dalam sebuah tong sampah.
Tindakan terkutuk itu mengundang rasa kurang senang dalam kalangan pelancong yang berada di situ.
Ke manakah adab manusia ini? Padahal tandas dekat sahaja untuk bawa anak membuang air besar.
Boleh suka-suka biarkan anak buang najis yang busuk dalam tong sampah.
Kasihan tukang bersih nak bersihkan tong sampah dan kasihan juga pada penumpang. Pengotor.
Tidak lama kemudian hantaran itu meraih perhatian netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pelancong itu.
Komen netizen
Menjengah ke ruangan komen, netize mempersoalkan tahap kebersihan dan etika di tempat awam serta sikap ibu bapa berkenaan.
Netizen berkata tindakan itu tidak sepatutnya dilakukan memandangkan tempat awam mempunyai tandas yang disediakan untuk kegunaan ramai.
Sumber: Threads