berita

[VIDEO] ‘Patut Semua Orang Dah Tahu, Memang Darjat Ibu Kena Tinggikan Daripada Sesiapa Pun’ – Fizo Omar

February 27th, 2024 | by Zulaikha
Kini Trending

fizoooo

Pelakon Fizo Omar menekankan kepada orang ramai untuk mengutamakan dan meletakkan darjat seorang ibu lebih tinggi daripada individu lain.

Artikel Berkaitan: ‘Kenyataan Kami Dimanipulasi’ – Fizo Omar Jawab Dakwaan Berpisah Kerana Campur Tangan Keluarga

Artikel Berkaitan: ‘Saya Ingat Sudah Mati, Syukur Allah Beri Peluang Kedua’ – Fizo Omar Kongsi Detik Cemas Pengsan Diserang Vertigo

Bagi elaun

fizo mak

Menerusi TikTok Keluarga.my, Fizo menyifatkan doa seorang ibu sangat mustajab dan hebat. Justeru, bagi Fizo, rugi sekiranya mana-mana individu tidak menjaga ibu mereka sebaik mungkin.

Patut semua orang dah tahu, memang ibu darjat kena tinggikan daripada sesiapa pun. Dia yang paling kita kena utamakan. Siapa yang masih ada ibu, tidak mempergunakan ibunya, dia rugi tau.

Tambah usahawan berumur 38 tahun, sebagai tanda menghargai doa ibu setiap hari, anak-anak boleh memberikan ‘gaji’ atau ‘elaun’ setiap bulan.

Guna itu macam mana? Guna ibu… ibu ini kau boleh bagi gaji bulanan, bagi elaun setiap bulan. Kerja dia apa? Kerja dia doa saja. Kerja dia minta saja, kau nak buat apa-apa hari-hari.

Beritahu saja, hari ini nak keluar, nak buat ini la, busines ini, kerja ini, doa sikit. Doa ibu tak pernah ditolak tau. Kadang-kadang macam saya ini, saya tak hebat, saya pun tak tahu macam mana Allah bagi rezeki pada saya.

Sebab saya ini rasa biasa-biasa saja. Ramai lagi orang lain yang lebih hebat, dari kerja kuat. Tapi mungkin, yang ini saya yakin… doa ibu saya. Hari-hari saya suruh dia doa.

Mak ‘access’ dengan Allah

@keluarga.my Darjat ibu ini adalah tinggi walaupun di mana kita berada. Sebab itu doa seorang ibu tiada hijab… #keluarga #majalahkeluarga #fizoomar ? Sad and lonely – MoppySound

Dalam pada itu, pemilik nama Wan Hafizol Wan Omar juga berkata individu terbabit akan sangat rugi sekiranya tidak menggunakan ibu sebagai senjata doa untuk kehidupan harian.

Takkan doa kosong saja. Berilah dia elaun dekat dia. Bagi gaji kat dia, semangat sikit dia nak doa untuk kita. Jadi, itu maksudnya saya mempergunakan ibu.

Kalau orang yang ada mak, tak gunakan kelebihan seorang ibu, memang rugi sangat. Korang rugi sangat. Bila kita tahu darjat seorang ibu itu di sisi Allah S.W.T baru la kita tahu ‘uish power mak aku ini’.

Baru kita sayang dia lebih. Semua nak berjaya kan, nak kaya, nak hebat, nak bahagia, gunalah mak. Mak saja access dengan Allah. Allah yang beri pada kita.

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×