berita

[VIDEO] Patutlah Kucing Tak Mahu Balik, Ada Yang Teman Main…

April 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Hasrat seorang wanita yang ingin mencari kucingnya di luar rumah terhenti apabila dia melihat ada ‘kelibat’ seorang perempuan berambut panjang seakan sedang menemani kucingnya di luar rumah.

‘Aku terfikir, itu siapa?’

Video yang telah tular di media sosial itu dikongsikan oleh seorang wanita, Diana di akaun TikToknya. Menerusi video yang berdurasi kurang satu minit itu, dia bertindak merakam video semasa mencari kucingnya di luar rumah. Keadaan pada ketika hujan renyai namun langkah Diana terhenti sebaik melihat ‘kelibat’ makhluk yang sedang berada di luar pagar itu.

Tanpa berlengah, Diana berpatah balik dan berlari masuk semula ke rumah. Sehingga kini, dia masih bingung memikirkan siapakah ‘wanita’ berbaju putih serta berambut panjang yang berada bersama kucingnya.

Video kejadian

@dianaonly_909

TENGOK smpai HAbis..nak post semalam takut..?..SMPAI skrg masih fkir tu sapa..#fyp? #atmix #pecintakucing #catlovers

? Sounds like a mystery music box – Yohei

Video tersebut bagaimanapun mengundang kesangsian pengguna media sosial. Ada yang meminta Diana memuat naik video asal tanpa suntingan bagi dinilai tahap keaslian ceritanya itu. Tanpa berlindung, Diana memuat naik video asal.

@dianaonly_909

Reply to @rodeopurba full video dari first xdak cut2 ok..dup dap dup dap jantung bila tgk blk.#fyp? #atmix #takmentionsapapun #foryoupage

? original sound – ???????? – ????????

Sumber : dianaonly_909

SKIP THIS AD ×