Di Instagram, bekas pengacara program Jalan Jalan Cari Makan, Maria Tunku Sabri, meluahkan rasa syukur apabila ada individu yang sudi menghantarnya ke sebuah pasar raya tatkala berhadapan dengan pelbagai dugaan, semalam.
Cerita semalam
Ni cerita semalam saya nak kongsikan dengan awak semua. Ceritanya bermula begini. Selepas sampai di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Subang kami terus ambil kereta balik ke rumah lepak kejap lepas tu kami tukar kereta untuk ke Mydin Subang Jaya.
Seelok kami di lebuhraya NKVE dengar bunyi macam getah putus lepas tu suhu kereta naik mendadak kami teruskan memandu perlahan-lahan sampai ke Petronas tepi lebuhraya. Encik suami buka boot kereta memang betul lah getah timing belt putus alahai dah lah saya ada job emcee di Mydin bersama dengan Dato Chef Wan saya tak suka lambat dan orang tunggu saya.
Menurut Maria, kereta yang dipandu oleh suaminya pada waktu tersebut mempunyai masalah. Pada masa yang sama, dia perlu bergegas ke sebuah majlis di pasar raya di kawasan Subang. Susulan daripada itu, Maria mengambil keputusan untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam.
Maka saya mengambil keputusan naik grab. Grab pula kalau hari Sabtu dengan satu Malaysia jem memang takkan dapatlah.
Tambah Maria, dia terpaksa berfikir mengenai idea lain untuk segera ke lokasi berikutan susah untuk mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.
Saya ambil keputusan untuk tahan kereta pemandu perempuan saja ya dan minta tolong hantar saya ke Mydin. Maka saya tahanlah kereta MyVi pemandu perempuan saya pun angkat tangan cakap Assalamualaikum dik nak kemana. Dia kata saya nak ke Puchong. Dia pun tanya ‘Ni Kak Maria Tunku Sabri Ke?’ Saya jawab ya. Dia kata naik kak saya hantar .
Saya kata awak tak lambat ke nak ke Puchong dia kata boleh je tolong hantar. Dalam hati saya ucap syukur Alhamdullillah masih ada hamba Allah yang baik sanggup hantar walaupun bukan laluan dia.
Payah nak jumpa orang baik
View this post on Instagram
Dalam kereta kami berbual sempat saya doakan beliau @ifahkhaisal dan saya amat berharap Allah ketemukan insan yang baik-baik buat kita semua. Amin.
Di akhir perkongsian, Maria berdoa dan berharap Allah akan membalas segala kebaikan yang dilakukan oleh wanita tersebut terhadap dirinya.
Moral of the story, payah adik nak dapat jumpa dengan orang baik. Orang akan kata sebab nama saya Maria Tunku Sabri. InsyaAllah orang baik tetap akan buat kebaikan.
Sumber: Maria Tunku Sabri