berita

[VIDEO] Pedofilia Rogol & Bunuh Kanak-Kanak Dipukul, Dibakar Hidup-Hidup Oleh Penduduk Kampung

January 16th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Selatan Mexico, seorang pesalah pedofilia yang dikenali dengan nama Alfredo Roblero didapati bersalah selepas didakwa telah merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan, Jarid berusia 6 tahun.

Dibakar hidup-hidup

https://www.youtube.com/watch?v=h6uYTDr5F34

Menerusi laporan Metro UK, pada mulanya Jarid dikatakan telah hilang sejak 9 Januari yang lalu dan pada keesokan harinya mangsa kemudian ditemui di tepi jalan dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa. Disebabkan kejadian itu, orang kampung mula berang dengan tindakan kejam Roblero sehingga mereka nekad ingin memberi ‘pengajaran’ kepada lelaki itu.

Selepas menyedari kejadian itu, mereka dikatakan bertindak dengan mengikat suspek pada sebatang tiang sebelum memukul suspek. Tidak cukup dengan itu, mereka juga turut menyimbah suspek dengan petrol dan tubuhnya itu dibakar hidup-hidup. Suspek yang telah dikerumuni dengan orang kampung tidak mampu berbuat apa-apa walaupun dia menjerit kesakitan.

Suspek meninggal dunia

Sementara itu, menurut ibu saudara Jarid berkata pada awalnya dia bercadang untuk melaporkan serta membawa suspek ke balai polis tetapi tidak sempat berbuat apa-apa, penduduk kampung telah pun membakar suspek hidup-hidup. Tidak lama selepas itu, pihak polis tempatan tiba di lokasi kejadian dan malangnya suspek gagal diselamatkan.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Chiapas dalam satu kenyataan meluahkan rasa kesal terhadap tindakan agresif penduduk kampung yang memukul suspek sehingga dia maut di tempat kejadian. Pihak berkuasa walau bagaimanapun sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui punca sebenar kematian suspek.

Sumber: Youtube, Metro UK, The Sun

SKIP THIS AD ×