berita

[VIDEO] ‘Pegang Pinggang Pastu Glepor’ – Aksi Lucu Dua Sekawan Try Buat Video Tiktok

January 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Laman sosial Tik Tok semakin menjadi trending bagi golongan remaja. Kreativiti dalam penghasilan video Tik Tok dan kegigihan seseorang itu untuk menghasilkan video yang menarik menjadi tumpuan.

Terbaru, menerusi Twitter Zharif berkongsi video dua orang rakannya sedang gigih menghasilkan satu video Tik Tok. Apa yang menarik perhatian ialah semasa mereka menari untuk menghasilkan video tersebut, di belakang kamera yang merakam terdapat nota berkaitan pergerakan yang perlu mereka lakukan. Video tersebut telah menarik perhatian netizen kerana kegigihan dan kesungguhan mereka.

Gerakan hidupkan kereta

Video rakaman ini telah dirakam semasa dua rakannya itu sedang cuba menghasilkan pergerakkan Tik Tok yang viral pada masa ini. Di sebalik rakaman itu, kelihatan paparan skrin komputer yang menunjukkan pergerakan yang perlu mereka lakukan bagi menyempurnakan video yang ingin mereka hasilkan. Kegigihan dan kesungguhan mereka wajar diberi pujian.

Hasil video mereka

Hasil daripada kesungguhan mereka, ternyata video yang dihasilkan sempurna tanpa sebarang kecacatan. Tambahnya lagi, mereka telah cuba hingga kali ke 20 bagi mendapat rentak dan pergerakan yang sempurna.

Pegang pinggang pastu glepor

Bagi yang tertanya-tanya apa yang ada pada skrin komputer mereka, ini adalah arahan pergerakan yang perlu mereka lakukan. Pergerakan seperti menghidupkan kereta paling mencuri tumpuan. Rata-rata netizen terhibur dengan kesungguhan mereka berdua.

Netizen terhibur

Sumber: Zharif

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×