![[VIDEO] Pekerja Kedai Keria Didakwa Dipecat Majikan Gara-Gara Tidak Mahu Berkongsi Wang Pemberian ‘Cikgu’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/mykeria-tiga.jpg)
Pemilik kedai Mykeria, Zira tampil menjelaskan perkara sebenar selepas didakwa memecat salah seorang pekerjanya Nabilah yang menerima wang pemberian daripada pempengaruh, Cikgu Shaari menerusi satu temu bual di TikTok.
Artikel Berkaitan: Wanita Luah Rasa Kecewa Dipecat Selepas Sehari Bekerja Di Kedai Emas – ‘Mereka Kata Saya Tak Capai Ekspektasi’
Artikel Berkaitan: Cikgu Dipecat Gara-Gara Bantah Peraturan Baharu Minta Pelajar Bayar Sebelum Guna Tandas
Minta maaf
Menerusi perkongsian di TikTok, Zira yang mengakui silapnya berkata dia sudah membuat permohonan maaf kepada Nabila.
Zira menjelaskan sebelum ini dia berpendapat duit pemberian Cikgu Shaari itu perlu dikongsi sama rata kepada para pekerjanya yang lain.
Menurut Zira, pekerja yang lain berhak mendapat duit itu kerana mereka yang memaksa Nabila untuk menjadi ‘tukang’ cakap pada hari Cikgu Shaari datang ke tempat jualannya.
Saya sudah buat permohonan maaf secara tertutup kepada Nabila di WhatsApp. Saya minta maaf sekali lagi kepada Nabila kerana menjadi bos yang teruk dan keji.
Saya marah dekat Nabila sebab dia left group WhatsApp selepas saya minta dia kongsi duit pemberian Cikgu Shaari kepada pekerja-pekerja lain.
Pekerja yang lain tahu, content Cikgu Shaari itu akan dapat reward pada akhir temu duga dan disebabkan itu mereka dorong Nabila untuk berborak bersama pempengaruh itu.
Itu pemikiran saya pada hari kejadian hari itu.
Nabila diberhentikan
Dalam pada itu, Zira juga mengakui dia memberhentikan Nabila dan memintanya agar mencari kerja baharu selepas kejadian itu.
Bagaimanapun, Zira berkata dia membuat keputusan itu kerana berada dalam keadaan tidak waras susulan ibunya dimasukkan ke hospital.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan Cikgu Shaari menemu ramah salah seorang pekerja kedai keria iaitu Nabila yang juga seorang pelajar.
Nabila yang juga anak sulung daripada adik-beradiknya berkata dia bekerja kerana mahu membantu ibu bapanya menampung beban keluarga.
Selepas mengetahui latar belakang Nabila, Cikgu Shaari menghadiahkannya sebentuk cincin dan wang tunai sebanyak RM300.
Bagaimanapun, Nabila didakwa telah diberhentikan oleh Zira kerana dia tidak mahu berkongsi wang tunai yang diberikan oleh Cikgu Shaari.