Setiap kali tibanya bulan Syawal, pastinya ramai yang mengambil peluang untuk mengadakan jamuan hari raya. Peluang tersebut juga tidak dilepaskan oleh pihak sekolah untuk meraikan bulan kemenangan ini bersama para pelajar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Wanita Mirip Arwah Sharifah Aini -‘Rupanya Sama…’
Artikel Berkaitan: Anak Keluar Beli Kek Hari Jadi, Ibu Pilu Hanya Jasad Kaku Kembali Ketika Sibuk Masak Jamuan
Sedih kuih raya tak diusik
Bagaimanapun, disebalik kegembiraan meraikan jamuan hari raya, ada pula kisah sedih yang berlaku kepada seorang pelajar di sebuah sekolah rendah, baru-baru ini.
Menerusi sepotong video yang tular di laman TikTok, seorang pelajar merasa sedih dan menangis apabila kuih raya yang dibawa ke jamuan tidak dimakan mahupun diusik oleh rakan-rakan sekelas.
Pelajar yang dikenali dengan nama Syakir itu dilihat menangis di meja sambil menutup muka sebelum cuba ditenangkan oleh gurunya.
Guru tersebut kemudian membawa pelajar berkenaan ke tempat makanan dikumpulkan lalu membuka penutup bekas kuih tersebut sebelum mengajak pelajar lain untuk makan bersama.
Pelajar itu kemudian tersenyum kegembiraan sambil mengesat airmata selepas rakan-rakan sekelasnya mengambil kuih raya yang dibawa.
Netizen sebak
Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain memuji sikap guru tersebut yang berjaya memujuk pelajar berkenaan.
Sehingga artikel ini ditulis, video berkenaan menerima lebih enam juta tontonan dan 700,000 tanda suka.
Video
@farisfarhansidek bawak biskut raya tiada org nak makan. kesian anak yatim syakir ni. xpela kawan2 ada boleh makan biskut shakir #alhamdulillah #fyp ? Instrumen Sedih – Yuda pratama