Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) meluahkan kekecewaan mereka selepas selesai menjawab soalan kertas 2 subjek Matematik Tambahan pada Selasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cikgu ‘Berhempas Pulas’ Telefon Pelajar Lewat Hadir Untuk Kertas Sejarah SPM 2024 – ‘Beruntungnya Anak-Anak Sekarang’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelajar SPM Kehilangan Ayah, Cikgu Maklum Selepas Habis Jawab Paper Sejarah – ‘Moga Awak Kuat’
Kegagalan proses pembelajaran
@cikguazman Replying to @dss3906 ? original sound – Cikgu Azman
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, seorang individu yang dikenali sebagai Cikgu Azman turut bersimpati dengan nasib calon SPM yang berhadapan soalan sukar pada subjek berkenaan.
Namun begitu, Cikgu Azman dilihat memberi kata-kata positif untuk pelajar meneruskan fokus pada kertas seterusnya.
Tidak mengapalah wahai anak untuk meluahkan rasa kesedihan.
Itu adalah rasa yang normal bagi kita sebagai manusia.
Saya bersimpati dengan para pelajar yang telah berusaha dengan tenaga yang telah dikorbankan untuk subjek ini sepanjang tahun lepas.
Namun, kita perlu ingat masih ada lagi baki beberapa subjek lain yang belum disempurnakan.
Pertama, awak ambil masa untuk berehat dan tenangkan fikiran.
Kedua, fokus pada kertas peperiksaan lain. Setiap kertas adalah peluang baharu untuk menunjukkan kemampuan awak yang sebenar.
Ketiga, minta bantuan daripada guru dan rakan.
Keempat, pastikan awak dapat rehat yang cukup. Makan makanan yang sihat dan bersenam.
Dan yang terakhir, ingat semula kejayaan-kejayaan kecil yang awak telah capai sebelum ini.
Dalam pada itu, Cikgu Azman mengingatkan kegagalan adalah sebahagian proses pembelajaran dan mendoakan kejayaan para pelajar yang mengambil SPM.
Sumber: TikTok Cikgu Azman