![[VIDEO] Pelanggan Kecewa Kek Hitam Premium Didakwa Berkulat – ‘Untuk Harga RM39, Bagi Saya Tak Berbaloi’](https://media.ohbulan.com/2025/03/kek-coklat-premium-76.jpg)

Seorang pelanggan tampil memberikan ulasan tentang Kek Hitam Premium yang dijual oleh seorang pempengaruh.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh ‘Hitam Premium’ Dikritik Netizen, Jual Kek Coklat RM39 Sebekas – ‘Maaf Cakap, Harga Dia Overpriced’
Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Cekik Darah’ Jual Kunafah Di Singapura, Ojen Perjelas Kos Perbelanjaan – ‘Saya Bayar Semuanya Dalam SGD’
Maklum balas pelanggan
@chamiebasir Kek hitam premium by Fendymojo. To me, it’s not worth it. #chamiebasir #moistchocolatecake #vlog
Menerusi perkongsian oleh Chamie Basir di TikTok, dia telah membeli kek tersebut menerusi penghantaran pos.
Selepas membuka penutup bekas, Chamie merasa kesal apabila melihat keadaan kek tersebut yang dakwa sudah berkulat.
Penghantaran memang laju, selepas saya buat pesanan mereka terus hantar.
Walaupun dah hantar awal, tapi ada kesan putih (kulat). Saya ada beli kek lain yang lebih awal dari kek ini tapi belum berkulat lagi.
Saya kecewa, bila agaknya dia buat kek ini? Saya dah buang kulat tu, harapnya tak sakit perut bila makan.
Walau bagaimanapun, wanita berkenaan tetap mencuba kek itu dan menurutnya ia tidak berbaloi untuk dibeli.
Coklat ganache itu menutup rasa kek coklat yang biasa. Yang premium adalah coklat ganache, bukan kek.
Rasanya tak terlalu manis dan tak muak tetapi untuk harga RM39, pada saya tetap mahal. Bagi saya tak berbaloi.
Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh warganet antaranya mereka meminta pempengaruh tersebut meningkatkan kualiti makanannya sesuai dengan harga.
Dalam masa yang sama, mereka juga kurang senang dengan tindakan wanita berkenaan yang tetap menjamah kek tersebut meskipun ia boleh menjejaskan kesihatannya.
Bagi ganti rugi, kesian pelanggan yang sokong ni. Dah la mahal tapi kualiti tak ada.
Sepatutnya untuk makanan yang dihantar kena kedap udara, ini tak menepati kriteria keselamatan dan kesihatan, bahaya.
Tengok dari segi bekas pun memang dah kemek dan terbuka sedikit, tak tahulah berapa banyak kuman yang masuk.
Bila dah berkulat jangan makan, spora kulat merebak seluruh kek. Harap penjual letak silica gel dan guna bekas kedap udara untuk tahan lebih lama.
Sumber: TikTok Chamie Basir






