berita

[VIDEO] Pelanggan Kongsi Detik Cemas Cubaan Rompak Bank Di Johor, Lelaki Maut Ditembak

June 18th, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Beberapa orang pelanggang sebuah bank berhadapan detik cemas selepas dijadikan tebusan oleh sekumpulan perompak. Salah seorang mangsa yang merupakan saksi kejadian turut berkongsi pengalamannya berhadapan detik tersebut menerusi laman Facebook.

Tala sabit kat kepala perempuan

Kawan dalam pukul 2 petang lebih macam tu gerak la ke Maybank Air Tawar 5, sebab nak bank in duit. Sampai je depan bank nampak orang ramai beratur panjang nak masuk bank, yelah time-time Covid ni, mana boleh masuk bank terus, ada limit. Parking je kereta, nak pergi beratur je, tetiba ada seorang lelaki, muka balut kain, bawa sabit terus terkam perempuan yang beratur dekat dengan barisan hadapan. Orang ramai apa lagi, terkejut, cemas, gelabah semua. Sabit bro kat leher perempuan tu, takkan nak tunjuk hero pergi selamatkan dia, takur kena sembelih je akak ni.

Menurut saksi, dia tiba di bank tersebut pada jam kira-kira 2 petang. Selepas itu secara tiba-tiba seorang lelaki yang membalut muka dengan kain tiba di hadapan bank dan terus mengeluarkan sabit sebagai senjata. Perompak berkenaan turut menerkam seorang wanita yang dijadikan tebusasn sebelum masuk ke dalam bank.

Orang ramai tolong jaga pintu

Lepas dia terkam, dia heret akak tu sambil sabit kat leher masuk bank, pintu bank yang macam pintu kedai tu dia tarik dari atas. Kawan gelabah la, nak tolong tak boleh, terus call 999, operator kata polis on the way. Nak jadikan cerita, ada seorang pak cik taik pintu kedai bank tu kasi tutup habis, perompak dah kat dalam dah, dia minta tolong orang ramai tahan pintu tu, kawan pun dekat situ pun tolong la juga, hati debar weh, tangan dah mengigil dah ni.

Tambahnya lagi, orang ramai yang berada di tempat kejadian turut membantu mengawal pintu hadapan dan belakang bank tersebut agar perompak berkenaan tidak dapat melarikan diri sebelum pihak polis tiba. Tidak lama kemudian, pihak polis tiba di lokasi kejadian dan terus mengawal keadaan.

Suspek 19 tahun ditembak mati

Bertindak atas keselamatan pelanggan dan pekerja bank, pegawai keselamatan yang bertugas melepaskan tembakan menggunakan ‘pump gun’.

Tembakan itu mengenai rusuk kanan suspek. Suspek disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dibawa ke Hospital Sultan Ismail untuk bedah siasat. Dalam insiden ini tiada sebarang kecederaan pada orang awam termasuk tebusan mahupun pekerja bank.

Menerusi laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ashmon Bajah berkata pihak polis telah mengesahkan bahawa seorang penjenayah maut ditembak pengawal keselamatan di bank berkenaan. Suspek yang berusia 19 tahun itu dikatakan mengacu senjata di leher seorang wanita yang juga pelanggan bank tersebut. Selain itu, suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau sebelum ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 393 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro, Facebook

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×