berita

[VIDEO] Pemain Tennis Suruh Gadis Pengutip Bola Kupaskan Kulit Pisang Ditegur Pengadil

January 22nd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang pemain Tenis Perancis, Elliot Benchetrit yang bertindak mengarahkan seorang gadis pengutip bola untuk mengupas kulit pisang untuknya. Tindakan spontan pemain itu telah ditegur oleh pengadil disitu dan mendapat pelbagai reaksi daripda netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap kurang sopan Benchetrit.

Ditegur oleh pengadil

Menerusi satu video berudarasi 0:15 saat yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Twitter, Alex Theodoridis memaparkan gadis tersebut memberi sebiji pisang yang telah dikupas kulit kepadanya. Tindakan Benchetrit walau bagaimanapun telah ditegur oleh pengadil yang berada di situ dengan menyifatkan pemain tennis itu kurang sopan. Berikutan daripada isu tersebut,  Benchetrit telah tampil mempertahankan dirinya dengan mendakwa gadis itu tidak keberatan untuk menolongnya mengupas kulit pisang berkenaan.

Saya meminta gadis bola mengupas pisang untuk saya kerana saya telah memakai krim di tangan supaya tidak berpeluh.

Namun, kali kedua saya meminta tolong gadis tersebut, saya telah ditegur oleh pengadil yang berkata dia bukan hamba saya dan saya boleh mengupasnya sendiri.

Gadis itu bukan hamba

Rata-rata warganet turut tampil membanjiri ruangan komen dengan meluahkan rasa kurang senang mereka terhadap tindakan pemain tennis tersebut. Mereka juga mendakwa perlakuan Benchetrit itu langsung tidak masuk akal kerana telah melayan gadis itu seperti hambanya. Tidak kurang juga ada dalam kalangan mereka yang mendakwa bahawa ini bukan kali pertama Benchetrit melakukan perkara seperti itu.

Sumber: Alex Theodoridis, Perth Now

 

SKIP THIS AD ×