Umum mengetahui, konsert Coldplay Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur bakal berlangsung malam ini di Stadium Nasional Bukit Jalil jam 8 malam.
Artikel Berkaitan: ‘Yang Suruh Batal, Orang Yang Tak Beli Tiket, It’s All About Money’ – Tok Ram Komen Isu Desakan Batal Konsert Coldplay
Artikel Berkaitan: Penganjur Minta Penonton Berhemah Datang Konsert Coldplay – ‘Individu Berniat Jahat Tak Dibenarkan Masuk’
Peminat berkampung
Pastinya peminat yang sudah membeli tiket tidak sabar untuk menyaksikan persembahan dari band kesayangan mereka itu.
Keterujaan dalam diri masing-masing pastinya membuak menuju detik yang paling dinantikan untuk melihat band dari United Kingdom itu di depan mata.
Sementara itu, menerusi tinjaun OhBulan! di laman sosial, peminat dilaporkan sudah berpusu-pusu memenuhi perkarangan stadium sejak jam 8 pagi tadi.
Mereka dilihat sudah beratur dan berkampung di hadapan pintu masuk. Apa yang melucukan, ada di antara peminat yang membawa tikar dan bekalan makanan seperti Nasi Lemak dan sebagainya.
Dalam pada itu, ada segelintir wargamaya yang berpesan kepada peminat yang datang ke konsert tersebut agar berhati-hati menjaga kesalamatan diri dan barang berharga.
Coldplay yang dianggotai oleh Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion itu popular dengan lagu-lagu seperti My Universe, The Scientist, Yellow, Hymn for the Weekend, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.
Selain Kuala Lumpur, jelajah siri Coldplay Music Of The Spheres World Tour turut ke beberapa buah negara seperti Singapura, Indonesia, Thailand, Jepun dan banyak lagi.
Video
9am coldplay fuh real ni gais pic.twitter.com/dzwvsiRtDI
— keem (@AkeemSharyzal) November 22, 2023
Sumber: X