Perkembangan terkini penyanyi berbakat besar iaitu Hafiz Suip ternyata telah memberikan reaksi positif terhadap peminatnya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hafiz Suip Harap Dapat Selesai Cara Baik, Anggap Konflik Rumah Tangga Ujian Allah SWT – ‘Moga Kami Berpisah Cara Baik’

Artikel Berkaitan: Hafiz Suip Terpaksa Berjauhan Dengan Anak-Anak, Sedih Bila Dianggap Diri Jahat

Penampilan Hafiz

Seorang penata gaya atau ‘stylist’ yang dikenali sebagai Afiq Mahdili berkongsi sebuah video yang memaparkan dia sedang menyolek Hafiz.

Difahamkan Hafiz sedang bersiap untuk sebuah konsert yang berlangsung di Sarawak.

Makin berisi 

Bagaimanapun, penampilan Hafiz atau nama lengkapnya Mohd Hafiz Mohd Suip, 35, itu telah menyorot perhatian warganet.

Menurut mereka, pelantun lagu Ku Akui tersebut dilihat sedikit berisi berbanding sebelum ini. 

Perubahan tersebut menjadi perbualan peminat yang rata-rata senang melihat Hafiz dan mendoakan kesihatannya.

Terdahulu, Hafiz memberitahu perubahan fizikalnya yang dilihat kurus adalah disebabkan penyakit slip disc yang dihidapinya.

Sebelum itu, menjadi tanda tanya dalam kalangan media dan peminat mengenai kesihatan Hafiz apabila dia dilihat mengalami penyusutan berat badan sejak beberapa tahun lalu.

Sumber: TikTok Afiq Mahdili