berita

[VIDEO] Peminat Terhibur Tengok Remy Ishak Kacau Isteri Di IG Live – ‘Remy Macam Ayah Aku, Semua Nak Bagi Tahu Orang’

October 13th, 2021 | by Iera Zahirah
Kini Trending

Pelakon kacak, Remy Ishak selamat disatukan dengan pilhan hatinya, Ezza Yusof pada 21 Ogos lalu dengan sekali lafaz di Masjid Negara, Kuala Lumpur. Namun begitu, Remy dilihat jarang berkongsi kemesraannya bersama isteri di media sosial.

Artikel berkaitan : Remy Ishak Kongsi Video Nikah 5 Minit Untuk Peminat, Polis Tahan Dekat Roadblock – ‘Selamat Pengantin Baru Hero Malaya’

Artikel berkaitan : Remy Ishak, Isteri Terima Hadiah Kahwin Daripada Istana Negara

Artikel berkaitan : Buat Panggilan Video, Ibu Shuib ‘Sedih’ Remy Ishak Nikah ‘Selepas Ini Boleh Ke Tengok Awak Lagi?’

Remy Ishak sakat isteri

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Cintaaa di TikTok, memaparkan Remy sedang menyakat isterinya ketika melakukan IG live di Instagram sambil disambut gelak ketawa oleh isteri tersayang.

Ujar Remy, dia mengatakan yang isterinya gigih bersolek demi membuat IG live untuk menjual kasut keluarannya.

Dia jual kasut ni dia tak solat Isya’ lagi. Tadi saya panggil solat Isya’ sama-sama, dia makeup gigih dia nak jual kasut. Dia kata nak bagi hadiah saya tak tahu betul ke tak.

Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohammad Zalimei mengatakan yang dia hanya bergurau sahaja dan jangan menganggap perkara berkenaan satu perkara yang serius.

Tak. Dia gurau je. Saya gurau je. Janganlah sensitif semua.

Video berdurasi 27 saat tu meraih lebih 493 ribu tontonan dan mendapat lebih 30 ribu tanda suka.

‘Dia jual kasut ni dia tak solat Isya’ lagi’

@achiks_?????.. @remyishakofficial & wife ##remyishak? suara asli – gabut woi

‘Romantik yang tak mengada-ngada’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat Remy dan isterinya. Malah ada juga di antara mereka yang memuji pasangan ini kerana mereka dilihat tidak over.

Sumber : achiks_

SKIP THIS AD ×