![[VIDEO] Pempengaruh Ayunie Dituduh Riak, Tayang Beli Barang Kemas 15 Kilogram](https://media.ohbulan.com/2025/03/ayunie-emas-2.jpg)

Pempengaruh dan usahawan Anes Ayunie mencuri perhatian warganet apabila dengan selamba membeli koleksi barangan kemas dengan jumlah berat 15 kilogram (kg).
Artikel Berkaitan: Lepas 4 Bulan Bercerai, Bekas Adik Ipar Iqbal Zulkefli Selamat Mendirikan Rumah Tangga Kali Kedua
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Menjerit Kerasukan Akibat Sihir, Netizen Pula Syak Ada Produk Baru Nak Keluar?- ‘Macam-Macam Lah Budak Ni’
Sengaja menunjuk

Bagaimanapun, tindakan Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 23, itu mengundang kecaman dalam kalangan netizen yang menyifatkan dirinya sengaja dan mahu menunjuk-nunjuk.
Menerusi video itu, Ayunie menyatakan keinginannya untuk membeli emas dalam kuantiti yang besar berikutan kebimbangannya terhadap kenaikan harga emas pada masa hadapan.
Sebelumnya Ayunie ingin membuat pembelian emas tersebut secara peribadi dan tertutup.
Saya nak emas dalam 15kg. Sebab saya ini takut harga emas naik lepas hari ni. Jadi nak ‘lock’ terus 15kg.
Namun begitu, pada hari tersebut, hanya 6kg emas sahaja yang dapat dibeli, manakala bakinya akan diperoleh pada keesokan harinya.
Anggaran jumlah bayaran bagi pembelian emas seberat 6kg tersebut adalah RM2.5 juta.
Selain itu, Ayunie turut dilihat teruja memilih beberapa barangan kemas lain semasa proses pembelian berlangsung.
Pembelian emas dalam kuantiti yang besar oleh Ayunie ini menggambarkan keyakinannya terhadap pelaburan emas sebagai aset jangka panjang.
@ayunieso24Lepasni harga emas lagi mahal kan korang?????? original sound – ayunieso24
Sumber: TikTok








