![[VIDEO] Pempengaruh ‘Hitam Premium’ Dikritik Netizen, Jual Kek Coklat RM39 Sebekas – ‘Maaf Cakap, Harga Dia Overpriced’](https://media.ohbulan.com/2025/03/KekHitampremiumFendymojo1.jpg)

Perkongsian terbaharu seorang pempengaruh media sosial telah menyorot perhatian dan meraih kritikan wargamaya.
Artikel Berkaitan: Didakwa ‘Cekik Darah’ Jual Kunafah Di Singapura, Ojen Perjelas Kos Perbelanjaan – ‘Saya Bayar Semuanya Dalam SGD’
Jual kek ‘Hitam Premium’

Menerusi TikTok, pempengaruh tersebut memuat naik video memaparkan perniagaan baharunya iaitu kek coklat yang diberi nama ‘Kek Hitam Premium’.
Dapat dilihat, kek coklat tersebut dijual dengan menggunakan bekas ‘transparent’ dianggarkan bersaiz 1000ml.
Menurut pempengaruh berkenaan, kek coklat yang turut disediakan bersama sos coklat itu sangat lembut dan sedap untuk dimakan lebih-lebih lagi bersama orang yang tersayang.
Namun, apa yang mengejutkan ramai pihak ialah apabila pempengaruh berkenaan mendedahkan kek tersebut akan dijual dengan harga RM39 bagi satu bekas.
Komen netizen



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen beranggapan kek coklat tersebut dijual pada harga yang tidak masuk akal serta mereka melabel ianya sebagai ‘overpriced’.
Sumber: TikTok








