Seorang pempengaruh berkongsi pengalaman apabila dirinya menjadi bahan tawa segelintir jemaah ketika menunaikan solat Maghrib di sebuah masjid.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dia Gesel Kemaluan’ – Jelly Belly Dedah Pernah Dibuli, Dakwa Ustaz Salahkan Personaliti Lembut

Artikel Berkaitan: ‘Rasa Sebagai Mama Tu Complete’ – Isteri Fizi Ali Syukur Dapat Bawa Anak-Anak Tunai Solat Di Masjid Nabawi

Dipandang serong

@theciksu

12/1/2026 bukan benda baru tapi selalu terjadi kat ciksu. niat ciksu elok nak pi solat pun jadi insecure lepas jadi camni. tapi ini tidak hentikan ciksu daripada pi masjid. cuma berubah sikit sikap nak pandang orang sampai macamtu. golongan ni ada yang cuba sebaiknya tapi masyarakat yang tak boleh terima. semoga pakcik-pakcik tu sihat panjang umur na.

♬ suara asli – Allginanjar – Allginanjar

Menerusi perkongsian di TikTok, pempengaruh dikenali sebagai Cik Su mengakui takut dipandang serong oleh jemaah di masjid kerana penampilannya yang berambut panjang.

Katanya, reaksi tersebut membuatkan golongan sepertinya berasa kecil dan seolah-olah tidak layak untuk berubah.

Muka-mula saya ingat nak solat di rumah sebab takut kena judge dengan jemaah di masjid.

Tapi kawan saya paksa juga dan niat saya hanya mahu solat.

Saya solat dekat bahagian pintu sebab nak cepat-cepat keluar lepas selesai.

Bila masuk, saya nampak beberapa orang yang berjubah.

Bila dah habis rakaat yang kedua, ada pakcik-pakcik yang lalu dan ketawakan saya.

Semasa tahiyat akhir, ada seorang pakcik tercegat tengok saya. Bila solat, kita boleh nampak dengan anak mata siapa yang tengah pandang.

Dalam pada itu, Cik Su sempat menitipkan pesanan agar jemaah masjid menjaga pandangan sekali gus memberi dorongan pada golongan sepertinya untuk istiqamah menjadi muslim yang lebih baik.

Bila orang nak pergi masjid, jangan lah buat macam itu. Kita rasa tak selamat.

Semoga panjang umur pakcik-pakcik semua.

Sokongan netizen

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberikan kata-kata semangat agar pencipta kandungan kecantikan itu terus fokus pada usaha istiqamah dan tidak mengambil peduli golongan yang gemar menghakimi.

Sumber: TikTok @The Ciksu