![[VIDEO] Pempengaruh Mat Never Zero Kesal Peniaga Tepi Jalan Pengotor – ‘Buang Kahak & Sambung Bakar Sate’](https://asset.ohbulan.com/2025/07/mat-never-zero.jpg)
Pempengaruh Mat Never Zero berkongi pengalaman yang meloyakan ketika membeli makanan di gerai tepi jalan.
Artikel Berkaitan: Pelanggan Terkejut Beli Sup Perut RM20 Sekali Pakej ‘Najis’ – ‘Masa Panaskan Bau Busuk..Peniaga Kata Itu Lemak’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Usahawan Aleeya Zailan Terkejut, Air Paip Hotel 5 Bintang Kotor! – ‘Lepas Berus Gigi Tekak Gatal’
Buang kahak & buat sate
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Mat Never Zero atau nama sebenarnya Adzim Hariz kesal dengan tindakan seorang peniaga yang tidak mengutamakan kebersihan semasa berniaga.
Ujarnya, peniaga tersebut melepaskan kahak di tepi longkang dan terus memegang sate ikan yang dipesannya.
Aku jadi saksi perkara yang menggelikan dalam hidup aku.
Aku pergi kedai lokching tepi jalan. Peniaga itu ambil sate ikan dan letak di tempat arang.
Masa dia tengah masak, dia buang kahak tepi longkang. Bukan itu saja, sambil tunggu sate ikan masak, peniaga itu sapu di kawasan dia berniaga.
Aku ingat dia akan basuh tangan lepas itu, rupanya dia pegang dan uruskan sate ikan aku.
Bagaimanapun, Mat Never Zero menyatakan dia tidak mempunyai masalah membeli makanan di gerai tepi jalan namun kebersihan harus menjadi keutaaman peniaga.
Loya tekak




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberi reaksi loya dengan kisah yang dikongsi pempengaruh tersebut. Selain itu, warganet turut berkongsi pengalaman membeli makanan di tepi jalan yang tidak mengutamakan kebersihan.
Sumber: TikTok @Matneverzero








