berita

[VIDEO] Pemuda OKU Sukar ‘Makan’ Sendiri Ketika Sahur Buat Ramai Tersentuh

April 21st, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul merupakan perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan mengenai kisah seorang lelaki yang bernama Amir Azam.

Amir yang tidak dapat menggunakan tangannya dengan baik sejak kecil dilihat sukar untuk makan selain turut bergantung pada kerusi roda.

Tak boleh suap makan sendiri

Menerusi video TikTok yang dimuat naik Amir, lazimnya dia memerlukan bantuan seseorang untuk disuap sewaktu makan. Namun pada bulan Ramadan yang mulia ini, dia terpaksa bersahur berseorangan selain perlu berusaha untuk makan dengan sendiri. Amir dilihat menggunakan kudratnya untuk menjamah sebiji burger.

Sebab Allah sayang

Hari ini Amir sahur sorang-sorang. Tak ada orang nak suap Amir. Amir tak boleh suap makan dengan sendiri. Kalau tak ada orang tolong suapkan makan, macam ni lah keadaan Amir. Amir makan dengan sendiri. Alhamdulillah, inilah dinamakan nikmat dan ujian. Allah berikan ujian sebab Allah sayang. Syukur Alhamdulillah.

Meskipun terpaksa berusaha untuk menghabiskan sebiji burger, Amir memberitahu bahawa dia reda dengan nikmat dan ujian yang diberikan oleh Allah kepadanya. Malah, dia menganggap ujian tersebut sebagai kasih sayang Allah terhadapnya.

Sumber: Amir Azam

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×