![[VIDEO] Penampilan Kurus Isteri Prince Syed Curi Perhatian, Netizen Puji Semakin Lawa](https://asset.ohbulan.com/2026/02/prince-syed-12.jpg)
Hantaran usahawan dan personaliti media sosial, Prince Syed, meraih perhatian apabila ramai menyedari perubahan ketara pada bentuk tubuh isterinya, Fatin Syazwani Ishak.
Artikel Berkaitan: Prince Syed Kagum Dengan Keperibadian Ibu, Pandai Ambil Hati Menantu – ‘Sentiasa Positif, Bukan Orang Tua Toksik’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Prince Syed Berkelakuan Aneh Dalam ‘Live’ Sampai Jilat Lantai, Netizen Dakwa Hanya Drama?
Dah kurus
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syed atau nama lengkapnya Syed Muhammad Syah Hasif Syed Othman, 34, dilihat merakam momen isteri dan anak-anak semasa bercuti di Cameron Highlands, Pahang.
Pada hantaran itu, Fatin mengenakan baju berwarna ungu cerah serta berseluar jenis jeans berwarna putih.
Jalan-jalan Cameron Highlands tanpa perancangan, tiba-tiba saja sampai.
Bawa anak-anak bagi mereka gembira.
Bagaimanapun, video berdurasi hampir 10 minit itu meraih perhatian netizen yang memuji tubuh badan Fatin yang semakin kurus.
Netizen puji
Terdahulu, ibu bapa Fatin mendakwa Prince Syed tidak membenarkan mereka untuk menjenguk anaknya itu yang dikhabarkan sedang sakit.
Lebih mengejutkan, ibu Fatin juga mendakwa anaknya telah diminta untuk menjalani pembedahan bariatrik bagi tujuan menjual produk melangsingkan badan.
Sumber: TikTok @Suami syed Isteri fatin