berita

[VIDEO] Penampilan Seksi Dolla Kena Kecam, Netizen Banding Dengan Penyanyi Korea CL Pakai Jaket Labuh

September 27th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Ahli kumpulan Dolla menerima kecaman gara-gara tampil dengan imej seksi ketika melakukan persembahan di Good Vibes Weekender, pada minggu lalu.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sabronzo Dolla Dikecam Menari Gaya ‘Twerk’, Netizen Anggap Sudah Melampau

Penampilan seksi

@ehmalaysia @dollaofficial #goodvibesweekender #idolla ? original sound – ehmalaysia

Menerusi video di TikTok, anggota Dolla yang terdiri daripada Tabby, Angel, Sabronzo dan Syasya dilihat menggayakan empat gaya berbeza namun kesemuanya agak seksi.

Memilih warna ‘maroon’ dan hitam, empat gadis ini lincah menari di depan ratusan penonton yang hadir.

Dalam rakaman tersebut, kumpulan Dolla menghangatkan pentas dengan lagu hit mereka yang berjudul Impikan.

Allahuakbar …

Ruangan hantaran itu dihujani dengan komen warganet yang ‘sakit mata’ melihat penampilan tersebut.

Ada segelintir yang membandingkan pakaian Dolla dengan penyanyi dari Korea Selatan yang merupakan ahli kumpulan 2NE1, Lee Chae-rin atau CL yang turut hadir di lokasi yang sama.

CL yang mengenakan jaket hitam sempat berseloroh dengan mengatakan dia ingin menanggalkan ‘outerwear’ yang dipakai namun enggan mencetuskan masalah di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, Sabronzo pernah dikritik kerana dianggap keterlaluan apabila menari tarian dipercayai gaya ‘twerk’ yang terkenal dengan aksi seksi dan menggoda.

Sumber: TikTok @ehmalaysia

SKIP THIS AD ×