Hantaran terbaharu pelakon, Zulin Aziz di media sosial menyorot perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Jaga Aib Bekas Suami – ‘Biar Saya Menangis Di Rumah Seorang Diri’

Artikel Berkaitan: Zulin Aziz Sah Bercerai, Habis Jalani Tempoh Iddah

Kurus

Menerusi perkongsian di TikTok, Zulin atau nama sebenar Farah Azleenda Abdul Aziz, 37, dilihat menari sambil menggerakkan bibir mengikut lirik lagu Jangan Jangan nyanyian Wani Kayrie.

Dalam hantaran itu, Zulin turut memberi petunjuk bahawa dia kini sedang berusaha menurunkan berat badan.

Zulin juga menyatakan hasrat untuk menghadiahkan diri dengan menikmati makanan manis selepas berjaya mencapai berat badan ideal.

Sikit lagi. Selepas itu dah boleh makan DipnDip.

Apa yang lebih menarik perhatian ialah perubahan ketara pada penampilan Zulin apabila tubuhnya kelihatan lebih langsing berbanding sebelum ini.

Perkongsian itu kemudiannya meraih pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya gembira apabila aktres itu semakin menawan.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen memuji Zulin kerana kelihatan semakin cantik selepas mengalami perubahan berat badan.

Netizen turut meluahkan rasa kagum dengan kesungguhan Zulin apabila dia berjaya mengawal diri untuk memilih makanan yang lebih sihat.

Sumber: TikTok