berita

[VIDEO] Penangan 7 Hari Mencintaiku, Lelaki Ini Menjerit Emosi, Sepak Bantal Sampai Ke Pintu Rumah!

August 12th, 2020 | by AnisAffandi
Video Popular

Membawa watak Khuzairi dalam drama 7 Hari Mencintaiku, lakonan mantap Shukri Yahya membuatkan penonton turut beremosi. Mana tidaknya, dia sebagai seorang suami seakan kalah apabila berhadapan dengan krisis rumah tangga.

Terbaru, sifat egonya yang tinggi melangit telah mencetuskan kemarahan seorang lagi aktor lelaki yang turut serta dalam drama ini. Aktor Ahmad Shahidan Izwan kelihatan sangat geram sehingga membuat aksi ingin menyepak TV sendiri.

Menjerit emosi

https://www.instagram.com/p/CDv7CKNnUpX/

Melalui laman Instagram, Shahidan berkongsi sebuah video memaparkan dia ‘naik hantu’ selepas menyaksikan adegan Mia yang nekad membawa diri kerana tawar hati. Manakala Khuzairi hanya mampu pasrah dengan kejadian itu.

Shahidan dilihat sangat beremosi dan menjerit menyatakan ego itu boleh meranapkan sesebuah perhubungan. Shahidan yang membawa watak Shariff dilihat sedang duduk di hadapan televisyen bersama rakannya setia menonton drama tersebut.

Sepak bantal lepas geram

https://www.instagram.com/p/CDtVnuYHndk/

Dalam video lain, Shahidan turut berkongsi reaksinya rakannya yang geram dengan babak yang ditonton sehingga bertindak menendang bantal kusyen sehingga ke pintu rumah.

Sumber : Ahmad Shahidan Izwan

SKIP THIS AD ×