Di Jakarta, seorang penceramah Syeikh Ali Jaber, cedera selepas ditikam secara tiba-tiba oleh lelaki yang tidak dikenali ketika menyampaikan ceramah bagi satu program di Lampung, Indonesia. Ketika kejadian Syeikh sedang duduk di atas pentas ketika menyampaikan ceramahnya.
Diserang secara tiba-tiba
Detik-detik penikaman Syekh Ali JABER di Pengajian pic.twitter.com/Q34c2gTtYk
— nopiee (@piiee08) September 13, 2020
Menerusi video yang berdurasi 30 saat itu, menunjukkan Syeikh sedang menyampaikan ceramahnya kepada orang ramai. Namun, secara tiba-tiba datang lelaki yang bertindak untuk menyerangnya. Lelaki tersebut menyerang dan menikam Syeikh di bahagian lengan kanannya.
Berikutan kejadian tersebut, Syeikh mengalami luka sedalam empat sentimeter dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Selepas rawatan dijalankan, Syeikh tetap meneruskan program jelajah ceramahnya seperti biasa. Video tersebut telah tular dan mendapat lebih 15.9k retweet dan 6.2k like di Twitter.
Siasatan masih dijalankan
Foto:Seputar Tangsel
Ketua Polis Wilayah Lampung Purwadi Arianto berkata, ketika kejadian, ada beberapa polis mengawal lokasi program ceramah berkenaan.
Menurut Purwadi, suspek yang berusia 24 tahun, kini telah ditahan polis. Suspek dikatakan gemar menonton ceramah Syeikh secara atas talian. Pihak polis kini masih menyiasat motif kejadian dan berharap kes ini dapat diselesaikan dengan secepat mungkin.
Syeikh juga tidak mahu isu ini diperbesarkan dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pihak polis dalam menyelesaikan kes ini. Beliau juga minta supaya netizen tidak mengaitkan kejadian ini dengan apa-apa termasuk hal politik.
Sumber: Seputar Tangsel , NusaDaily & Jakarta Globe