berita

[VIDEO] Penduduk Kampung Terkejut Ikan Puyu Lompat Naik Darat, Ada Cakap Petanda Kurang Baik

August 19th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tiada angin tiada ribut, secara tiba-tiba puluhan ikan puyu dari sungai naik ke darat dan cuba memasuki kawasan surau. Video tersebut dikongsi seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Su Ahmad, dan kejadian tersebut dipercayai berlaku di Surau Sulaiman, Kuala Selangor, semalam.

Ya Allah!

Menerusi dua video dikongsi, memaparkan puluhan ikan puyu yang cuba naik ke darat dan memasuki kawasan masjid. Rata-rata penduduk yang berada di situ terkejut melihat kejadian itu dan cuaca ketika itu dilihat sedang hujan.

Kejadian di Kuala Selangor hari ni. AllahuAkbar! AllahuAkbar! AllahuAkbar! Petunjuk apakah yang Allah hendak sampaikan? Ikan-ikan puyu dari sungai naik hingga ke darat dan masuk ke surau.

Tengok lah kejadian dengan mata hati ya. Bukan buat jenaka dengan kehadiran naiknya beratus-ratus ikan puyu ke darat menuju ke surau.

Allah nak tunjukkan sesuatu dan kejadian banjir besar yang sedang melanda Kedah sekarang seperti tsunami daratan. AllahuAkbar. Ampuni lah kami, Ya Allah.

Namun, sehingga kini tiada sebarang info lanjut berhubung video tersebut.

Semoga dijauhkan daripada musibah

Video tersebut bagaimanapun, telah dikongsi lebih 33k dan meraih pelbagai respon daripada warganet yang terkejut melihat kejadian aneh itu.

Sumber: Su Ahmad

SKIP THIS AD ×