Momen bahagia bertukar menjadi duka apabila pengantin lelaki diuji dengan pemergian ayahanda tercinta di hari perkahwinannya.

Artikel Berkaitan: Pengantin Lelaki Lafaz Nama Bekas Kekasih Ketika Akad Nikah, Bakal Isteri Tenang Batalkan Perkahwinan – ‘Dah Terbukti Bukan Saya Pertama’

Artikel Berkaitan: Pelamin Jatuh Masa Majlis Akad Nikah, Reaksi Tok Kadi Paling ‘Win’

Momen bahagia menjadi duka

@fotorasi

Majlis bertukar berduka , ajal maut di tangan tuhan , semoga arwah ditempat orang orang beriman . Sama kita sedekah Al-fatihah

♬ Salam Terakhir – ◦•●◉✿💞🇷 🇪 🇪 🇿💞✿◉●•◦

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, pengantin lelaki dilihat sebak memeluk ahli keluarga apabila menerima berita pemergian ayahnya.

Difahamkan, arwah sepatutnya ditahan wad akibat daripada kuman pada paru-paru namun, tetap menguatkan semangat untuk hadir majlis sanding anak lelakinya.

Dua hari sebelum majlis, ayah mertua saya memang nak kena tahan wad sebab ada kuman pada paru-paru.

Tapi arwah buat keputusan untuk balik dan datang kenduri.

Masa kami siap nikah tiba-tiba dapat panggilan abah dah tiada.

Saya mohon doakan arwah bapa mentua yang baru menghembuskan nafas.

Semoga ditempatkan di kalangan orang beriman

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pengantin lelaki yang segera meninggalkan majlis bagi mengutamakan keluarga. Selain itu, warganet turut menitipkan kata-kata semangat dan mendoakan agar arwah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Sumber: TikTok @Fotorasi