Baru-baru ini, topik buli di set penggambaran hangat diperkatakan di media sosial. Rata-rata pelakon tampil berkongsi pengalaman dan pendapat mereka mengenai isu tersebut.
Artikel Berkaitan: ‘Tekap Seterika, Pukul Baru Boleh Dilabel B*li…Manja Sungguh’ – Rita Rudaini
Artikel Berkaitan: ‘Zaman Aku Mula Berlakon Dulu Bukan Baling Skrip Je, Mandi Air Batu Pun Orang Buat’ – Lana Nodin
Terbaru, OhBulan! sempat menemu bual pelakon sedang meningkat naik iaitu Nelissa Nizam.
Asam garam nak jadi pelakon
Menurut Nelissa, dia pernah berhadapan situasi di mana pengarah membaling skrip ke mukanya ketika di awal kemunculan sebagai pelakon.
Saya banyak belajar dari situ. Sebagai contoh, setiap pengarah ada karakter yang berlainan. Ada di antara mereka yang mahu kami hafal skrip sebiji-sebiji kerana mereka menghargai penulis.
Banyak sangat perkara dekat set kita sebagai pelakon kena belajar. Ia boleh dikatakan asam garam juga untuk menjadi pelakon.
Ya, saya tidak lah mengiyakan perbuatan agresif pengarah itu, saya percaya ia boleh diselesaikan dengan cara yang lebih baik. Tapi sejak situasi itu berlaku, saya lebih berhati hati dan lebih peka dekat set.
Jadi nasihat saya kepada pelakon baru, do your homework. Jangan bersikap sambil lewa dan berikan yang terbaik.
Mereka marah bersebab, untuk awak nampak cantik di skrin. jadi lebih baik perbaiki.
Pernah menangis
@ohbulanofficial Menangis beb ??#ohbulan #fyp #news #nelissanizam #kena #campak #skrip
Disoal sama ada menangis ataupun tidak pada masa itu, Nelissa menjawab ‘iya’ dia menangis.
Saya menangis. Lepas daripada itu saya banyak belajar dan mula menunjukkan perubahan yang semakin baik. Saya dah tahu apa yang boleh dan tidak boleh. Kalau kena sikit-sikit macam tu jangan manja sangat.
Berbicara pula mengenai kejayaan drama ‘Bawah Payung Awan’ lakonannya bersama Ben Amir dan Nabila Razali, Nelissa berkata, dia sangat gembira kerana drama tersebut mendapat sambutan yang sangat baik dalam kalangan peminat sekaligus, meninggalkan impak yang positif terhadap kerjaya lakonannya.
Tahun ini saya ada terima beberapa tawaran dan salah satunya Bawah Payung Awan. Alhamdulillah, drama itu mendapat sambutan. Bagi saya, satu tahun dapat satu hit projek dah kira cukup.
Ujar Nelissa lagi, ada beberapa filem lakonannya akan ditayangkan tidak lama lagi.
Nelissa yang ditemui di Uji Bakat Calpis Soda One In A Million di Universiti Malaya, baru-baru ini, turut mengakui bahawa tahun ini merupakan tahun yang terindah buat dirinya kerana dapat melancong ke beberapa tempat menarik seperti Paris, London dan Turki. Ujar Nelissa lagi, dia dalam perancangan untuk ke Switzerland hujung tahun ini bersama kakaknya.
Sebenarnya dah lama saya tak bercuti dan melancong ke luar negara. Selalu jadual sibuk dengan kerja. Tahun ini boleh dikatakan saya relaks. Jadual kerja dan cuti seimbang, Alhamdulillah.