Pengasas jenama pakaian tempatan terkenal, Hijabistahub iaitu Nur Alwani Norazman sangat murah hati dan tidak lokek dalam berkongsi rezeki dengan pekerjanya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khairul Aming Tak Kisah Perhabis RM300k Bawa Staf Pergi Bercuti – ‘Kalau Termasuk Kos Production Cecah RM1 Juta’
Kereta untuk PA baharu
@wanieelenaCar shopping day ?? GASLIGHT – INJI
Terbaharu, Alwani yang lebih mesra disapa Wanie Elena berkongsi momen pergi ke sebuah ‘showroom’ kereta bersama suaminya iaitu Ahmad Syafiq Hilmi Zulkefly.
Menerusi perkongsian yang dibuat, Wanie memaklumkan dirinya mahu membelikan sebuah kereta buat pembantu peribadinya yang baharu.
Dapat dilihat, usahawan muda itu kemudiannya membayar kereta jenis Jaecoo J7 berharga RM149,614.33 dengan menggunakan kad bank ‘American Express’ kepunyaannya.
Komen netizen
Hantaran tersebut kemudiannya menyorot perhatian netizen dan meraih lebih 560,000 tontonan dan lebih 25,000 tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata terkesima dengan kekayaan Wanie yang mampu untuk membayar apa sahaja dengan menggunakan kad banknya.
Ada juga yang berseloroh mengatakan mahu menjadi pekerjanya supaya berpeluang diberikan ganjaran sebegitu rupa.
Sumber: TikTok