![[VIDEO] Penghuni Syurga Boleh Bantu Penghuni Neraka? Ini Penjelasan Ustaz Adnin](https://asset.ohbulan.com/2026/08/adnin.jpg)
Pendakwah bebas, Ustaz Adnin tampil menjelaskan persoalan sama ada penghuni syurga mempunyai peluang atau tidak untuk membantu golongan penghuni neraka yang menerima balasan akibat dosa-dosa mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ustaz Adnin Perjelas Hukum Wanita Haid Tak Basuh Pad, Tepis Mitos Tak Berasas – ‘Makanan Jin Bukan Darah’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Di Akhirat, Allah Tak Aibkan Dosa Orang Beriman’ – Ustaz Adnin
Penghuni syurga selamatkan penghuni neraka?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Adnin menjelaskan bahawa setiap perkara yang berlaku adalah atas kehendak dan izin Allah SWT.
Menurut hadis yang dikongsikan Ustaz Adnin, terdapat keadaan di mana penghuni syurga menyatakan kebaikan penghuni neraka sebelum memohon agar mereka turut dimasukkan ke dalam syurga.
Jawapannya boleh tapi hanya dengan izin Allah.
Ada dalam satu hadis di mana nanti penghuni syurga berkata ada di antara penghuni neraka yang baik. Solat bersama-sama, berpuasa dan pergi haji.
Allah berfirman dan mengizinkan untuk penghuni syurga mengeluarkan penghuni neraka yang baik.
Tapi ingat, syafaat ini hanya untuk orang yang meninggal dalam keadaan Islam.
Dalam pada itu, Ustaz Adnin turut menitipkan pesanan agar memilih sahabat daripada golongan soleh kerana mereka mampu menegur serta mendorong menjadi seorang Muslim yang lebih baik.
Sebab itulah penting untuk kita berkawan dengan orang yang soleh.
Yang membimbing dan menegur kita. Jangan kawan dengan orang yang sama-sama buat maksiat.
Jangan pernah putus asa dengan rahmat Allah dan jangan pernah rasa selamat dengan dosa.
Selagi mana kita hidup, jadi orang baik. Pintu taubat masih terbuka.
Sumber: TikTok @ustaz adnin







