Seorang peniaga dari Indonesia sama sekali tidak menyangka pelakon dan penyanyi terkenal Nur Fazura akan berkunjung ke kedai hijab miliknya.

Artikel Berkaitan: Fazura Selamat Kembali Ke Malaysia – ‘Terima Kasih Hati Baik Yang Mendoakan’

Artikel Berkaitan: ‘Tak Perlu Lelaki Untuk Lindungi, Allah Ada’ – Fazura

Keperibadian Fazura

Peniaga tersebut berkongsi momen yang tidak dapat dilupakannya itu di akaun TikTok miliknya.

Menerusi video itu, kelihatan Fazura mesra melayan beberapa orang individu di premis perniagaan tersebut.

Tak sangka, Fazura singgah ke kedai saya.

Orangnya merendah diri, cantik pula.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut memuji sikap pelantun lagu Kisah Terbaik tersebut yang sentiasa melayan peminatnya dengan baik.

Dalam masa yang sama, mereka juga tertarik dengan botol air yang diselit Fazura di bahagian belakang poket seluarnya.

Difahamkan Fazura ke kedai tersebut semasa masih terkandas di Jakarta berikutan pembatalan penerbangan akibat gangguan abu gunung berapi daripada letusan Gunung Anak Krakatau.

Sumber: TikTok