berita

[VIDEO] Penunggang Basikal Wanita Maut Dirempuh Lori, Saksi Dedah Cerita Sebenar

December 19th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Seorang penunggang basikal wanita dilaporkan maut setelah basikal yang ditunggangnya dilanggar lori. Insiden tersebut berlaku di Jambatan Putrajaya berdekatan Kelab Tasik Putrajaya, pagi tadi jam 9.40 pagi. Difahamkan mangsa ketika itu berseorangan,  menunggang basikalnya dari Subang Jaya menuju ke Putrajaya.

Maut dilanggar lori

Menerusi salah seorang saksi utama kejadian, Mohd Shukri Hassan, yang berada di situ menceritakan ternampak sesuatu yang tergolek di jalan tersebut.

Saya nampak macam ada benda tergolek, ingatkan barang terjatuh daripada lori sebelum saya bunyikan hon berulang kali bagi memberhentikan lori berkenaan.

Ketika kejadian dia baru sahaja pulang dari berjoging dan memandu kenderaanya menuju ke rumahnya di Presint 11.

Tiba-tiba lori berkenaan terbabas dan naik di atas penghadang jalan dan saya nampak ada benda tergolek. Saya bunyikan hon berulang kali supaya lori berkenaan berhenti (daripada bergerak). Apabila saya turun, rupanya objek yang saya ingat terjatuh itu adalah basikal.

Paling mengejutkan apabila setelah memeriksa kawasan tersebut, dia menjumpai mangsa , namun nadi mangsa ketika itu sangat lemah. Tanpa membuang masa Shukri bertindak menghubungi pihak ambulans bagi mendapatkan bantuan.

Meninggal di tempat kejadian

Ambulans tiba kira-kira 10 minit kemudian dan selepas menjalankan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Putrajaya, Superintendan S Vijaya Rao, semasa dihubungi mengesahan akan kemalangan yang menimpa penunggang basikal itu. Kes tersebut akan disiasat di bawah kesalahan trafik mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Buat masa ini siasatan masih dijalankan dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Putrajaya.

Saksi kejadian

Pada masa yang sama, saksi yang berada di tempat kejadian turut memberikan nasihat penunggang basikal yang lain supaya berbasikal secara berkumpulan dan elakkan berbasikal secara berseorang. Lelaki itu turut, menceritakan mangsa ketika itu sedang berada di laluan kanan sebelum bergesel dengan sebuah lori.

Sumber: CyberJaya Info & Berita Harian

SKIP THIS AD ×