berita

[VIDEO] Penunggang Motosikal Cuba Lari Dari Roadblock Sebelum ‘Ditumbuk’ Polis?

January 8th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Baru-baru ini, tular di media sosial video yang dimuatnaik oleh Info Roadblock JPJ/POLIS tentang seorang anggota trafik seakan-akan menumbuk seorang penunggang motosikal berdekatan di Lebuhraya Persekutuan. Susulan itu, anggota polis itu sudah membuat laporan polis untuk perlindungan diri sekiranya video itu tular dan disalah erti oleh orang ramai. 

Punyai 58 rekod saman lampau

Sehubungan dengan itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menjamin siasatan telus walaupun membabitkan anggota sendiri. Kejadian itu dipercayai berlaku pada pukul 8 atau 9 pagi ketika sekatan jalan raya di lorong motosikal Lebuhraya Persekutuan.

Motosikal itu dinaiki suami isteri yang dikatakan cuba lari daripada sekatan jalan raya lalu melanggar kaki anggota yang sedang bertugas. Penunggang motosikal itu juga mempunyai 58 rekod saman lampau bagi pelbagai kesalahan trafik. Susulan kejadian itu, 3 saman telah dikeluarkan.

Penunggang motosikal ‘ditumbuk’?

https://www.facebook.com/inforoadblockjpjpolis/posts/1790406061137096

Menurut laporan oleh anggota polis itu, dia menafikan melakukan sebarang kekerasan dan hanya memberi peringatan serta amaran kepada penunggang motosikal terbabit. 

Tambahnya lagi, dia menggunakan budi bahasa untuk memberi penerangan akan kesalahan yang telah dilakukan lalu secara spontan, membuat aksi seakan menumbuk tetapi tidak kena di mana-mana bahagian anggota badan penunggang motosikal tersebut.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS.

SKIP THIS AD ×