berita

[VIDEO] Penyelia Keselamatan Maut Dihentak Helmet Kerana Tidak Bayar Gaji

September 3rd, 2019 | by Arini Saleh
Video Popular

Seorang penyelia syarikat keselamatan maut selepas dipukul pengawal keselamatan dipercayai akibat tidak membayar gaji. Video kejadian yang berlaku di Jalan 13/2 Petaling Jaya itu viral di media sosial menunjukkan penyelia tersebut dihentak bertubi-tubi menggunakan topi keledar.

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan tiga lelaki ditahan bagi membantu siasatan.

Maut dipukul

Menurut Mohd Zani, sepasukan polis dikerah ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 3.18 petang. Sebaik tiba, mayat penyelia yang berusia 54 tahun ditemui dalam keadaan terbaring di hadapan tandas pengawal keselamatan.

Ada kesan darah dan muntah pada mayat mangsa. Semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dipukul berkali-kali dengan topi keledar oleh lelaki dikenali sebagai Don pada 6.10 petang semalam.

Suspek yang bekerja sebagai pengawal keselamatan di premis itu dipercayai berang akibat tidak menerima gaji lalu bertindak memukul mangsa.

Susulan itu, dua lelaki warga Nepal dan seorang warga tempatan yang masing-masing berusia 26 sehingga 42 tahun dan bekerja sebagai pengawal keselamatan ditahan untuk siasatan lanjut.

Kata Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Banyak kes melibatkan warga asing

Sumber: Harian Metro , Hakim Rahman

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×