![[VIDEO] Perdana Menteri Timor Leste Raih Pujian, Santai Menyapu Tepi Jalan – ‘Pemimpin Harus Melayani Bukan Dilayani’](https://asset.ohbulan.com/2025/10/timor-leste.jpg)
Perdana Menteri Timor-Leste, Kay Rala Xanana Gusmão menarik perhatian ramai kerana gaya dan penampilannya yang bersahaja, kelihatan seperti rakyat biasa.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Maher Zain Puji Sifat Keperibadian Anwar Ibrahim, Solat Jumaat Bersama – ‘Dia Sangat Merendah Diri’
Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Simpati Atas Ujian Yang Menimpa, Titip Pesanan & Hulur Bantuan Buat Amir Raja Lawak
Santai menyapu sampah
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Xanana Gusmão dilihat memakai pakaian sederhana sambil menyapu daun kering di jalanan.
Rahsia untuk menjadi seorang pemimpin ialah bertanggungjawab, berdisiplin dalam kerja, konsisten, menunjukkan teladan melalui tindakan, berkorban dan mengutamakan kepentingan awam.
Video berdurasi selama sembilan saat itu meraih lebih 300 ribu tontonan yang kagum melihat keperibadian Perdana Menteri negara ke-11 yang tergolong dalam ASEAN tersebut.
Ramai ingin melawat Timor-Leste




Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji personaliti Xanana Gusmão yang merendah diri dan mengutamakan rakyat. Selain itu, warganet juga menzahirkan keinginan yang tinggi untuk mengunjungi negara tersebut.
Sekada info, negara termuda di Asia itu telah dipilih menjadi salah satu negara yang tergolong dalam Asean ke-47.
Sumber: TikTok @unico.timor







![[VIDEO] Tutup Salun Demi 40 Warga Emas, Diva M Anggap Amal Saham Akhirat](https://asset.ohbulan.com/2026/08/DIVA-M-2.jpg)